Akaun madrasahshihabudin.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DANA PEMBANGUNAN DAN OPERASI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAT-TURATH SHIHABUDIN



Maahad Tahfiz Al-Quran Wat-Turath Shihabudin telah dibina pada tahun 2017 di Ulu Yam, Selangor dengan menyewa di sebuah rumah kampung. Beberapa tahun kemudian, seekar tanah telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah bagi dibangunkan di Bukit Beruntung, Selangor. Dana pembangunan ini adalah usaha untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai kompleks pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wat-Turath Shihabudin.

Maahad Tahfiz Al-Quran Wat-Turath Shihabudin diasaskan oleh Tuan Guru Muhammad Zakee Aisan Bin Abdul Qodir. Maahad ini mempunyai seorang tenaga pengajar yang utama dan dibantu oleh 4 orang pembantu. Jumlah semasa pelajar adalah seramai 35 orang terdiri dari kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Buat pengetahuan semua, bangunan maahad sekarang hanya mempunyai sebuah blok bangunan untuk kegunaan pelajar dan dalam proses untuk membina beberapa buah bangunan seperti surau dan rumah penempatan untuk guru-guru.

 TUJUAN DANA 

Tujuan utama dana dikumpulkan adalah untuk membiayai kos pembinaan dan pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Wat-Turath Shihabudin. Pihak maahad sedang dalam proses untuk menyediakan tempat yang lebih selesa untuk para pelajar dengan menyediakan fasiliti yang lengkap dan selesa. InsyaAllah, anak-anak pelajar dapat belajar dan fokus mendalami ilmu agama dengan lebih baik.






 SASARAN DANA  

Oleh itu, pihak maahad sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak RM 50,000 sebulan. Kos kesuluruhan adalah sebanyak RM 400,000 bagi memastikan pembinaan diteruskan dan seterusnya bangunan baru dapat disiapkan segera.

 BANTUAN LAIN 

Pihak maahad juga mengalu-ngalukan juga sumbangann dari orang ramai yang ingin mendermakan barangan pembinaan seperti batu-bata, kayu, simen, pasir, dan alatan pembinaan yang lain. Bagi menyumbang barangan pembinaan, Tuan/Puan boleh menghubungi pihak maahad bagi mengetahui keperluan barangan pembinaan yang diperlukan sekarang.

Tidak akan rugi setiap wang yang dibelanjakan bagi anak-anak tahfiz ini. Moga dengan asbab kita membantu mereka memberikan fasiliti yang selesa, memudahkan jalan kita menuju ke syurga Allah. Sepertimana kita memudahkan urusan anak-anak ini mempelajari ilmu agama. InsyaAllah. 





BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG ?

Bagi memudahkan tuan/puan menyumbangkan dana kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wat-Thurath Shihabudin, pihak kami menyediakan pakej seperti berikut :

PAKEJ TAJAAN A - RM 300 (6 LOT)
PAKEJ TAJAAN B - RM 200 (4 LOT)
PAKEJ TAJAAN C - RM 150 (3 LOT)
PAKEJ TAJAAN D - RM 50 (1 LOT)
PAKEJ SEIKHLAS HATI 



Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

 
Bank : MAYBANK
Nama : Dana Pembangunan Dan Pendidikan
No Akaun : 5630 2863 4304


Letakkan reference "MTS" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.




Pemberitahuan: 

1. Al-Azhar Care adalah sebagai wakil yang dilantik untuk membantu maahad mengumpulkan dana pembinaan maahad.
2. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
3. Pembayaran adalah termasuk RM1 caj payment gateway Toyyib Pay.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 014-9455313 (Pengurus MTQT Shihabudin)